Rabu, 25 Mei 2016
Isnin, 8 Mac 2010
JAWAPAN UJIAN TOV TINGKATAN 6 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU
Bahagian A: Karangan (50 markah)
Penggunaan internet yang begitu popular dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan mendatangkan berbagai-bagai kesan. Jelaskan kesan penggunaan kemudahan internet kepada pengguna.
Pendahuluan:
· Penggunaan internet semakin meluas dalam kalangan masyarakat kini
· Sesuai dengan era dunia tanpa sempadan, penggunaan internet membuka ruang yang luas kepada orang ramai
· Tercapat pelbagai kesan penggunaan internet.
Kesan positif penggunaan internet:
1. Memudahkan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan pengetahuan yang berguna – dasar langit terbuka
2. Memudahkan komunikasi dengan pelbagai individu sama ada di dalam atau di luar negara – ruang bersosiall lebih meluas
3. Membina minda yang kreatif melalui pembinaan laman web, e-mel, laman blog dan sebagainya.
4. Memudahkan orang ramai membuat pelbagai urusan sama ada kemudahan urusan seharian atau menjalankan perniagaan (e-dagang)
Kesan negatif penggunaan internet:
1. Mendedahkan orang ramai dengan pelbgai perkara negatif, laman porno, lucah, dan ganas,
2. Menularkan Budaya asing dalam masyarakat tempatan.
3. Banyak membuang masa kerana leka mengikuti laman pemainan video yang banyak terdapat dalam internet.
4. Terdedah dengan paparan berita-berita palsu – gejala fitnah berleluasa
Kesimpulan:
· Sesungguhnya penggunaan internet memberi pelbagai kebaikan dan keburukan kepada orang ramai.
· Pengguna internet harus menggunakan kemudahan ini dengan baik untuk memastikan kemudahan ini tidak disalahgunakan.
Jumaat, 5 Mac 2010
PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
Pelajar asing wajib ambil subjek bahasa Melayu
PUTRAJAYA 5 Mac - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewajibkan kesemua 65,000 pelajar asing di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) mengambil subjek bahasa Melayu bagi membolehkan mereka memahami budaya setempat sekali gus mengembangkan bahasa tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kehadiran para pelajar asing di negara ini merupakan satu peluang untuk menambah bilangan penutur bahasa Melayu di dunia.
"Dalam konteks ini, Jabatan Bahasa Melayu dan Akademi Pengajian Melayu dalam universiti awam dilihat boleh membantu usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu.
"Jabatan-jabatan tersebut perlu mempunyai sasaran agar menjadi pusat perkembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, sama ada melalui penyediaan guru bahasa untuk memenuhi keperluan pelajar asing mahupun menjayakan program mobiliti pensyarah bahasa Melayu untuk mengajar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam kemuncak Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Majlis itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.